Tuesday, March 23, 2010

ELAKKAN MENGUMPAT

Banyak yang merasakan amat sukar
mengikis sikap suka mengumpat.
Namun ia bukanlah sesuatu yg mustahil
dilakukan. Antara yg boleh anda lakukan
untuk mengelakkan diri daripada
mengumpat adalah dengan cara jauhkn
diri daripada berbual kosong.
Sebaliknya berbuallah mngenai sesuatu topik
yg boleh mengelakkan anda brbual hal
peribadi orang lain.
Bincanglah perkara yg boleh memajukan diri.


Akhir sekali jgan lupa berdoa bersihkan hati
tekadkan dan elakkan dari mengumpat dan
pastikan anda boleh berjaya mencapai sasaran.

Sunday, March 21, 2010

JANGAN TAKUT

MENOPAUS

Antara perkara paling menakutkan bagi
wanita ialah mengalami fasa menopaus.
Mengapa... ?????
Hal ini kerana kurangnya pengetahuan mengenainya

dan keadaan ini menjadikan segelintir wanita
mengalami masalah kemurungan dan tekanan perasaan .

Macam aku juga..kadang kala mengalaminya...
kadang tu rasa dah tua..... rendah diri...
ah!! jangan dilayan sangat!!!

Antara gejala yang dialami oleh wanita
semasa menopaus :
~sakit kepala
~kebimbangan
~cepat marah
~berpeluh
~debaran jantung
~kemurungan
~nafsu sex menurun
~rasa gatal dan kering di vagina
~perubahan emosi yang secara tiba2
~perubahan struktur kulit
~corak tidur yg tidak sihat
~sakit sendi

Dengan adanya tanda2 trsebut jangan terlalu di layan

" makan diri " fikirkan positif memang kadang kita
akan terfikir aku tak secantik dulu...fikirkan itu
lumrah, hakikatnya kita bole kekal cantik sekiranya
pandai menjaga diri terutama kita harus memiliki
personaliti yg baik, diri akan tetap dihormati.
maka kita tetap wanita normal.

Pengambilan suplemen adalah penting
sekiranya terus dilanda kemurungan, adalah perlu
merujuk kepada pakar atau kaunseling.
Yang penting jangan biarkan diri anda dibelenggu
dengan kemurungan atasilah dan penuhilah dengan
pelbagai xtvt pasti kita akan lupa segala kemurungn.

CERITA TENTANG PHUKET LAGI

Hari pertama suasana petang kami melayan perut yg lapar




Hari kedua suasana pagi ditempat yang sama tetapi dlm keadaan

yg berbeza
Pantai Phuket indah pasti membuat anda teruja.

Sampai Phuket petang, kami lapar....., mana nak
cari tempat makan ni....???
doklah kat bilik dulu smentara menunggu huby
membincangkan sesuatu dn tercari-cari info yang
mana patut dr tuan puye hotel. Hotel Kasma Dubai
Tuan puye hotel yg beragama Islam dn bole berbahasa
melayu telo Thailand.

Hari yang keduanya pagi lagi kami keluar dr hotel
dgn tujuan utk breakfest dn carilah tempat petang smalam
kami makan .... kami keluarlah dgn family sambil mata
kami menjelajahi pekan kecil Phuket dan setelah sampai
ke destinasinya pandangan petang semalam telah berubah
wajah dengan keriuhan pasar pagi... hai kedai makan
petang smalam dah hilang !!!! apa yg kita nak makan ni..???
beli buah jer lah dengan makna lainnya pagi itu kami breakfest
dengan buah-buahan jer lah, nak beli sembarangan pun agak
was was tentang ke halalannya.

Tepat pukul 10.00 Tuk Tuk, pengangkutan awam yg d janjikan
telah tiba, kami pun dgn lagak over skit bukan main sonok lagi
' Tuk Tuk ' tu tak ada kat M'sia...
persinggahan pertama kami adalah ke pameran jewelery,
pameran barangan kulit, just tonton jer mahal... tak mampu!!
nak jadi koboi jap g lah tempat tembak menembak,
sebelum meneruskan destinasi seterusnya ....singgahlah
gerai kak Anone cari makan tengahari, Kak Anone ni asai
dr Kedah speak malay ala ala Siam, masakan dia umak oi..
Tom yam diaaaa... ala secret recipe..sedap..sedap...sedap..
berbaloi baloi....

Kami meneruskn perjalanan utk ke Patong beach.
Perjalanan ke Patong beach jln raya cantik bersih... tapi...
belok kanak belok kiri naik bukit turun bukit pandangan
cukup indah...sampai kat pantai berkilo kilo meter pantai
tersebut di penuhi org2 putih mat salleh dgn gaya2 dia tulah
mataku dah lali dek pandangan mat dn minah salleh di
sepanjangan pantai Phuket. Pantai Phuket cantik memang
patut pun mat n minah salleh pilih tempat ini mmg mereka
tak salah pilih...
Saya memang kagum dengan pembangunan pantai Phuket
cukup indah dn moden... tapi suatu yg saya memang tidak
sarankan adalah tentang sosial Phuket...

Dunia Islam berlainan pendapat Dunia

Islam hingga ke akhirat.
Lahirku Islam semuga matiku pun dalam

Islam amin....

Hari yang ketiga... kami shopg kat expo Phuket, brg2 mcm
kat M'sia juga harga kena pandai2lah main tawar menawar.
Tiada yg menariknya... cuma penglaman kat negara org

pantainya cukup indah...dengan bangunan2 moden di pesisiran
rasa2nyalah tak jumpa kat M'sia.
Tapi biarlah M'sia setakat yang ada sekarang ... dikhuatiri
moden pantainya jadi bertambah2lah maksiatnya.
sapa nak jawab...????
maksiat !!! maksiat !!!
sesungguhnya yang paling di geruni adalah
pembalasan dosa di akhirat nanti.

BALIK KAMPUNG SEGAMAT

Dah lama sungguh teman tak balik kg Segamat
Rasa2nya adalah dekat 2 tahun, banyak perubahan
Segamat ada kemajuan.


Rumah emak mentua teman depan sekolah Keb. Spang Loi,

Batu anam Segamat, kalau balik kg setiap petang masing2

berkumpul kat padang sekolah, tengoklah anak2 kg main

gasing, main layang2,main bola, di situlah anak2 kg beriadah

waktu petang. Suasana kg ni lain... seronok!!



Di waktu malam tidurku cukup lena..sejuk!! tarik selimut...

kokokan ayam menandakan hari sudah menjelang subuh. Suasana

pagi akan kuhirup udara bersih masuk ke rongga hidungku.

Pandangan cukup indah di iringi kabus embun di waktu pagi.

eemmm... kampungku akan ku kunjungimu selalu .

Beruntunglah pada yg ada kg..kunjungi dn hargailah.

Thursday, March 18, 2010

SAWADIKAP PHUKET THAILAND

" SAWADIKAP "

Itulah perkataan yg mula mula teman dengar di Thailand,
dengan lembutnya menjemput tetamu..." Sawadikap "
Phuket teman dah sampai menjejakkan kaki
di tanahmu..



Hotel bertuah yg kami kunjungi d Phuket adalah Kasma Dubai

tuan empunya hotel pandai berbahasa melayu, tiada masalah

bagi kami, cuma pekerjanya agak payah untuk berinteraksi

dgn kami...Kami di sambut dgn bahasa ibunda mereka dn kami

balas dgn bahasa inggris mudah, dan mereka memahamilah kami

adalah pelancung... Pada mulanya mereka mnjangka kami adalah

penduduk tempatan, raut muka penduduk Thai ada juga sperti

org melayu dn Indonesian


Kenderaan awam yg kami naiki adalah ' Tuk Tuk' best naik tuk tuk

berangin jer, klau kat M'sia sah anak teman tak mau naik dah!! ...

kat sini tak lepas peluang mmg ini yg diorang nak pun... kat M'sia

tak ada.....


Sampailah kedistinasi ' Patong beach ' rata2 adalah tempat mat

salleh beriadah tanpa segan silu... ,sebaliknya teman yg termalu!!

Wednesday, March 10, 2010

RESULT SPM


Ari ni keputusan SPM keluar, hemmm...
mcm ner ye keputusan anakku Along...
suspen...suspen.... cikgu dah bagitau klu dia
Add Math dpt A tapi yg selanjutnya tu
kita belum tau lgi uhuhuh risau den...
teman risau BM dia harap2 oklah...
Teman tunggu jer call dari dia.......Aduhai mak
suspen betoi Ah!!!!
>
>
>
>

Tepat pkul 12.00 anak teman sms dah tau dah
keputusan...kurang memberangsangkn...
cuma dpt 4a 4b 2c tu pun alhamdulillah,
tahniah along...setakat itu yg along mampu.

Thursday, March 4, 2010

PROFILE ANAK ANAK


ALONG~ Mohammad Adjrun Azzeem Bin Azhar
Tunggu keputusan SPM, sekarang dlm proses ambil
lesen kereta dn motor, mungkin 11hb ini dia test, masa
lapang mengajar budak shuffle itu memang minat dia.
Dia ni agak lurus skit budaknya risau jugek....
Kerja dia kat rumah jemur kain, buang sampah, ambil
dn antar adik ke skola, angkat jemuran. cuci bilik air.

ANGAH~ Mohammad Azzam Bin Azhar
Pelajar ting 4Elektrik SMTKL Cheras,

dlm family dia agak menyerlah dlm pelajaran tapi malas....
harapan kami malas bertukar menjadi rajin dan cemerlang
dlm SPM tahun depan...anak yg bercita cita tinggi dan kuat
berazam selaras dengan namanya, Seorang yg kreatif dn
minat pada kamera tahap maksima tapi sayang dia tak
sedar dia tu student lagi...
Good luck..!!!!



KAKAK~ Fatin Azzera Bte Azhar
Satu-satunya anak perempuan teman, nak kata manja
tak jugek, garang.... tu, tingkatan 3 Sek Men Banting.
kurang keyakinan dan penakut, kalu dia tahu teman sebut
mcm ni kat entry teman ni pasti dia marah. Target PMR
nak kalah kn along kalahkan angah payahlah skit katanya
oklah kakak apa2 pun try your best...!!.


ADIK~ Mohammad Azzaim Bin Azhar
'"Adik tak nak adik dah " Katanya.Tapi cukup sayang
pada anak2 n baby. Pelajar tahun 6 Sek Keb Sri Langat
Sekarang ni sedang sibuk dgn projek robotik, cuti sekolah
pun tak ada masa utk berjalan. Tidak suka dimanjakn tapi
hakikatnya memang manja pun. Menanggis bila kami
targetkn 5A utk UPSR 2010 ini, Along, angah ngan kakak
tak minta 5A pun.....Jangan risau lah adik kami terima
setakat mampu,, yg penting usaha...


BALIK KG



Hari Sabtu dn Ahad ari tu teman balik kg
balik kg naik bas ,teman tak pandai....
nak bayar tiket mcm mana...?
nasib baik anak2 dah besar2 kira sudah pandailah
naik bas, harapkan emak dia ntah ah, lembaplah
sikit...

Balik kg emergency anak saudara meninggal
muda lagi....Tuhan lebih sayangkan dia, bukan kira
muda or tua kalau dah sampai waktu dan ketikanya
dijemputlah ia menghadap Illahi,
muga rohnya dikalangan orang2 yg beriman.
Tinggallah kita yg hidup ini ...meneruskan
kehidupan berlandaskan al Quran dan sunahnya.

Memang kebiasaan bagi kami, balik kg acara
gotong royong sudah menjadi suatu kemestian
pada kami, org tua dah uzur manalah bole buat
keje mengemas lebih2, tolong2 lah sikit.... kalau
bukan anak2 sapa lagi nak membantu kan...
anak2 lah yg kene tau diri waktu balik kg
sementara orang tua masih ada,berilah perhatian
untuknya.

Tuesday, March 2, 2010